<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Dec 26, 2009
cerita~i

"… Ya rabbal alamin…" fazly meletakkan semula al Mathurat yang digunakannya tadi. Alhamdulillah, asar dah selesai, almathurat pun dh habis baca. Songkok yang digunakkannya tadi juga di gantung di belakang pintu bilik yang berwarna maroon. Sudah tentu warna kegemarannya. " warghhhh!!!, ngantuknya…" fazly yang kepenatan selepas balik daripada kelas tambahan bagi mata pelajaran matematik tambahan merebahkan tubuhnya di atas tilamnya yang empuk. Tidak sampai seminit, matanya mulai kuyu dan terkatup rapat. Gelap. Kosong. "… fazly, kaw nk burger ni tak? Burge ayam special favourite kau uh?..." "… eh, kau nak prep mana hari ni? Kat kelas ? macam biasa?..." "… petang ni pukul lima ada match dengan dorm ibnu khaldun, jgn lupa taw…" "….haa, okey okey. Weh, tnggu lah akuuuu…..!!!" "Astagfirullahhalazmi, bermimpi rupnya aku ni.. hah, kenapa dengan aku ni?" Fazly tersenyum hambar. tiada siapa yang boleh menipu, dia sangat rindukan asramanya, sekolahnya, penghuninya.. kurang hanya sepuluh hari saja lagi, sesi persekolahan dah nak bermula. Masing-masing sibuk membeli barang-barang sekolah. Kalau pergi pasar raya besar tu, penuh sesak macam kat pasar tani, pasar malam. Jalan sahaja tidak sah kalau berlaga bahu sesama orang yang lain. Nampak sangat penduduk Malaysia sekarang ni dah semakin bertambah. Fazly bergerak menuju ke labtop ares yang terletak di meja jepun bersebelahan dengan pintu amsuk biik. Labtop ini juga merupakan hadiah PMR nya setahun yang lalu kerana Berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dengan jumlah sebanyak Sembilan A. Punat on di tekan. Sementara menunggu loading, fazly mula memikirkan kata-kata ayahnya, beberapa hari yang lalu. keadaan sekeliling pada pukul 1845 petang menyebabkan aku bungkam tak taw nk kata apa. ayah menghenyakkan tubunya dekat sofa depan sebelah kiri aku. kami duduk. merehatkan minda. tiba-tiba ayah bersuara mengeluarkan bunyi seperti cikgu dsiplin. " kau nak p form 6 ke lepas spm nanti? " aku terus menggeleng tanpa berfikir panjang. ye, aku memng tanak masuk form 6. bukan apa, aku takut tak larat. Lagi-lagi buku tebal. tapi ada stpm untung. senang masuk u. tapi tak taw la.. "habis kau nak buat apa? ada tak senior yang pergi luar negara?" aku mengangguk, aku cerita lah sape kakak-kakak, abang-abang yang pergi tu dan mereka pergi mana. " kau nk p mesir? " aku geleng. aku kata aku nk pergi uk. "hmm, boleh jugak. nak amik medic ? " "ya " ayah aku kata, fizik, kimia, biologi, matematik tambahan kene buat bagi bagus. baru boleh pergi. tapi, mulanya okey, bila tiba-tiba ayah aku mengeluarkan arahan seperti diktator aku mula resah. ayah kata, " tak payah masuk aktiviti yang penatkan badan, yang tinggal kelas, tak payah lahh...belajar je sekarang ni untuk spm. Jangan hang dok hirau bende lain…" aku tak taw bile tbe2 ayah meninggalkan aku termagu2 seorang diri. Entah lah, memberi ruang untuk aku berfikir kot. yang pasti aku dalam dilema. tak taw lahh.. Huh, kenapa lah ayah aku bagi syarat yang beitu ketat? Sampai takut aku nak memenuhi kehendaknya tu. Tiba-tiba suara dlam hatinya keluar "Fazly, Allah takkan bebankan hambanya dengan beban yang tidak boleh dipikul. Allah tu Maha Pengasih. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita ni…" Fazly, sekadar mengangguk lesu. Jari-jarinya yang runcing mula berlari-lari diatas keyboard nya bagi mengisi ruang password yang disediakan. Punat enter ditekan, maka segala-gala perisian terpapar di skrin lebarnya itu. Kotak penghubung internet sudah lama di hidupkan. Mouse yang terletak di sudut kanan digunakan untuk klik pilihan yang dia kehendaki. File ares, Mozilla firefox, serta yahoo messenger menjadi pilihan utamanya. Fazly memilih untuk sekadar mebuka ruangan facebook. Setelah log in, dia melihat pelbagai komen yang keluar. Patutlah, esok keputusan pmr rupanya. Siapa tak cuak beb?? Aku yang dulu nak ambik pun terketar-ketar nak berdiri, nak ambik lagi menatang tu. Bagai antara hidup dan mati je bende tu. Tapi, kalau dah usaha, tawakal je la. Itu yang penting. Insyallah apa yang telah kita usahakan, sebanyak mana yang kita usahakan, kejayan akan menjadi milik kita. Tapi, kalau bukan milik kita, terimalah dengan redha, Allah hanya mahu menguji kita sama ada tahap keimanan kita peringkat yang mana satu, tinggi ke? Rendah ke? Semuanya bergantung kepada diri kita. Selesai buat bende yang segala bagai tu, labtop nya terus shut down. Fazly bergerak menuju ke rak buku setinggi 2 meter. Disitulah terletaknya segala khazanah yang terdapat dalam biliknya. Bahagian novel sudah penuh di bahagian tingkat atas sekali. Mulanya berada di tengah-tengah supaya mudah untk di capai dan di baca. Tetapi, apabila ibunya melihatkan fazly yang kemaruk membaca novel semacam orang bercinta, lalu novel itu dipindahkan tempat yang paling tinggi agar urusannya untuk membca novel terbantut. Walaupun begitu, novel penulis hlovate yang menjadi kegemarannya tetap di letakkan di tepi bantal dandi baca sebelum tidur. Alasannya bila ditanya, sebagai ulangkaji. Hlovate merupakan penulis yang agak beru berkecimpung dalam bidang penulisan. Hovate menjadi terkenal dengan novel nya yang berjudul aA+bB yang telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia, terutama sekali dalam kalangan remaja. Dalam novel-novelnya, pelbagai unsur yang di isi. Penyampaiannya yang ringkas dan agak santai menjadi salah satu sebab mengapa hlovate menjadi pilihan remaja. Tidak lupa juga, ciri kehidupan islam yng diterapkan dalam ayat-ayatnya serta sedikit bicara tentang percintaan. Dan yang motif yang utama dalam penyampaiannya ialah kehidupan dan kedewasaan. Sebuah diari berkulit gelap dicapai. Diari tahun 2009. Diari itu di bawa ke meja belajar yang agak bersepah dengan nota-nota sejarah, pen, magic pen, marker serta highlighter yang pelbagai warna yang tergolek di meja. Di dinding meja belajarnya pula penuh dengan nota kira-kira add maths, mod maths, physics, tidak kurang juga lakaran-lakaran electrolysis serta respiratory system bagi ikan, seranngaa, katak dan human. Diari di buka, tangannya menyelak helaian-helaian yang sebelum itu bagai menyusuri hari-hari yang telah berlalu. Betul, asrama dan sekola barunya ini member seribu satu kenngan yang dicipta bersama rakan-rakannya yang lain. Semuanya menetap di negeri yang berlainan. Datangnya ke sekolah tu dengan satu niat iaitu untuk berjaya dalam hidup serta mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM pada tahun hadapan. Salah satu pen yang tergolek dicapainya, pen 0.4 jenama Shachihata berwarna biru menjadi pilihan. Ruangan kosong dibuka. Pennya mulai berlari-lari di dada kertas itu untuk mentitakan segala yang terjadi supaya dapat dijadikan sebagai sebuah kenangan yang indah.

Posted at 08:17 pm by anakcikguzai
Make a comment